Saturday 16 August 2014

Assalammu'alaikum w.b.t....selamat datang ke blog BMM3053....

BMM3053 merupakan mata pelajaran dan kursus wajib bagi guru pelatih PISMP semester 3. Mata pelajaran ini  dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Bagi IPG Kampus Keningau kelas PISMP GSTT Bahasa Melayu Kumpulan 1 mata pelajaran ini adalah di bawah bimbingan pensyarah Encik Mohd. Firdaus Bin Abdul Salam. 

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer merupakan satu proses pengajaran yang kini menjadi suatu yang penting dalam mencapai objektif pengajaran. Antara aspek yang ditekankan dalam mata pelajaran ini antaranya ialah pengajaran dan penguasaan ilmu terutama dalam kemahiran komputer untuk mengakses maklumat melalui teknologi terkini. Selain itu, mata pelajaran ini turut menekankan aspek pencarian maklumat, pengolahan serta penyusunan bahan, perbincangan tentang aplikasi kemahiran komputer dalam mendapatkan maklumat. 

Pada dunia kini, sistem pendidikan telah mengalami pelbagai transformasi sama ada dari aspek Kurikulum mahu pun Kokurikulum. Perubahan demi perubahan, era masa kini memaksa kita untuk terus mersaing dan menuju kehadapan dalam mengejar suatu yang diimpikan  Oleh itu, pengaplikasian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan antara kaedah dan teknik terbaru yang banyak memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu bagi meningkatkan penguasaan dan pencapaian selaras dengan perkembangan budaya ilmu masa kini. 

Semoga dengan pembinaan blog ini juga dapat memberi seribu manfaat kepada kita semua.... ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah...oleh yang demikian sampaikan suatu ilmu itu walau satu ayat, ini kerana sedikit perkongsian memberi suatu manfaat yang bernilai. ilmu tidak akan habis apabila dikongsi tetapi ia akan semakin bercambah dan terus bercambah tidak akan habis. Oleh itu, marilah kita bersama berkongsi ilmu walaupun hanya sekecil zarah namun memberikan manfaat seluas lautan.... Wassalam....;-)







hubungi rakan-rakan