REFLEKSI

REFLEKSI MINGGU 1


Tugasan pada minggu pertama ialah Penggunaan Ejin pencari bahan bahasa Melayu, di mana ia merangkumi pencarian menggunakan web. Video, Emij, dan audio. Pencarian bahan menggunakan kata kunci frasa yang  bersesuaian untuk mendapatkan maklumat atau bahan yang dikehendaki seperti bahan Bahasa Melayu. Bahan tersebut akan disimpan di dalam fail Internet dan fail katerlog.

Dapatan saya hasil dari pembelajaran mata pelajaran BMM3053, saya mengetahui cara dan teknik mengakses bahan daripada Internet dan menyimpan bahan katerlog. kelebihan mengetahui cara penyimpanan alamat internet adalah bertujuan untuk lebih mahir dalam mencari maklumat dan menyimpan maklumat atau bahan.kita mengetahui cara penyimpanan alamat internet akan memudahkan kita mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan mudah dan pantas.

Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya dan rakan-rakan sekelas telah dibimbing oleh Encik Mohd Firdaus B. Abdul Salam yang merupakan selaku Guru pembimbing dalam mata pelajaran berbantukan komputer yang berkod BMM3053 ini. Pelbagai ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan bermula tugasan minggu pertama ini, selain itu, tunjuk ajar daripada rakan- rakan sejawat amat tidak dilupakan, dan amat di hargai, terima kasih daun keladi lain kali ajar lagi....:-)

No comments:

Post a Comment